Knowhere, Bangsar

Asalnya aku dah tulis semua benda in english, pastu otak aku macam blank. Jadinya post kali ni masih lagi dalam bahasa melayu walaupun kita review tempat di Bangsar gittew.

Straight to the point, my favourite combo at Knowhere Bangsar is their Smoked Canard & Plum and Ulam Pesto. Sedap gila woi gabungan dua ni. Dua benda ni kena order berasingan. Duck tu ada dalam menu Tapas.

Lepas tu kitorang try juga pizza dia. Kat sini boleh order dua flavour for one pizza. Antara mutton curry and seafood malaya, I lebih suka mutton curry sebab rasa dia lebih strong. Seafood malaya tu agak mild walaupun dia sambal. Maybe sebab diorang nak cater untuk mat salleh kot. Lagi satu, pizza kat sini memang italian style tau, roti dia nipis. Kalau kau jenis suka pizza hut, you wont like it (kot) Tapi I memang jenis suka pizza style macam ni, so it’s a big YES for me.

Kat tengah tu pulak ialah Nyonya style barramundi. Rasa dia serious macam makan siakap 3 rasa! Kalau ikutkan hati, nak je suruh dia bungkus supaya boleh makan dengan nasi dan telur dadar. Nasib masih behave!

Crispy chicken burger dia pun not bad. Besar gila pulak tu. Jenuh nak menghabiskan.

Air pulak kitorang order Icey Nangka and air pink yang I tak ingat nama. Please. Order. Icey. Nangka. Diorang. So good! Speaking of air, dekat sini ada serve alcohol. Tapi kitchen dia free from any sort of alcohol! Kiranya alcohol dia ada dekat area bar sahaja. Here is also pork free.

Das all from me. Bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *